Pengikut setia!!!

Friday, December 30, 2011

nikah...kahwin n settle down???

huhuhu... sajer jer wat entry ni... memandangkan malam ni dah nak bertolak ke kelate sempena perkahwinan housemate merangkap opismate aku... akhirnya kawen jugak kak F aku sorg neh....tahniah mekk... semoga berbahagia yer... huhu lately sorg...sorg kawan den dijemput jodoh mereka....terharu dan bersyukur rasa... agaknya bilalah diri ini nak dijemput jodoh saya.... jodoh oooo jodoh awak katner erk??? bila nak masuk meminang??? hahha... 

anyway sempena tahun 2012 ni... semoga ada hikmah yang mendatang...semoga murah rezeki.... semoga sihat walafiat... dan penting semoga tercapai misi.... jeng..jeng..jeng.. (aku jer tau!) 

imbas2....2011 banyak gak kenangan... sebab tahun ni ::

1) dapat tunaikan hasrat mak nak naik flight...(sarawak pon jadikla..)
2) dapat result yg oke dalam diped.. (walaupon bukan deanlisted alhamdulillah)
3) dapat bonus banyak....(erkkk byk ker??? okela compared to last year)
4) dapat mengekalkan hubungan dengan bff yang istimewa...(sedar tak sedar dah nak masuk 2 tahun erk...)
5) dapat gak bawak mak jejalan sakan...
6) dapat tengok kawan2 ramai dpt babies and dapat somi... 
7) macam2 la... 

disebabkan taun 2011 nih aku umor genap....iaitu 2* tahun ade gak dugaan yang dtg... bak kate member aku bila usia kita genap mesti ade cabaran... betul gak...tahun 2009 ialah tahun dugaan hebat bagi aku...  tapi sahabat tu berkata lagi... 

"Allah nak uji kesabaran hang sebab tuh dia duga hang....sebab die tau hang mampu menghadapinya..." 

Alhamdulillah ya Allah.... aku insan terpilih dan aku bersyukur menjadi diantara insan yang tabah....berbanding orang lain yang kurang ketabahannya... semoga dengan ketabahan yang kau kurniakan ini dapat mendorong aku untuk menjadi insan yang lebih bertakwa dan beriman.. amin.... 

nota jarikaki :: 
malam nih final maharaja lawak mega...mizz nak vote OSBON untuk menang!!! yeah!!! 

Wednesday, December 28, 2011

percutian di LUMUT...

25 disember 2011.... besday si D...ehem2 hepi besday awak... anyway tarikh ni mizz pergi ker manjung untuk menziarahi kakak mizz yang menetap disana.... maser tuh mizz demam sebenarnyer....kena flu yang amat teruk.. tapi disebabkan dah berjanji kepada kakak dan bonda untuk pergi bersiar2 disana....terpaksa ku turutkan..

setelah flu agak reda sikit...mizz mulakan perjalanan pukul 6.30 pm 25/12/2011 untuk ke taiping mengambil bonda yang berada di kg besannyer iaitu mertua kak long...

mizz sampai taiping dalam 9.30pm gituh... akhirnya kul 11.30pm baru mizz gerak dari taiping ke LUMUT... dan akhirnya mizz sampai pada 1.30am dirumah kakak mizz dan tido...

keesokkan harinya mizz bawak bonda bersiar2 dipekan LUMUT, bonda rambang mata...dan memborong segala jenis makanan kering disitu....MIZZ??? xsoping..hahah save bajek kot...

tengah2 dahaga nih mizz ajakla bonda pekena mee kari dengan ABC...tapi... time nak order pekedai tu xlayan... dah meja dia xmau bersihkan.... (dalam hati sabar jela kan... ) lepas tiga kali cakap "CIK SAYA NAK ORDER!!! " baru lah dilayan.... mintak ABC DUA! MEE KARI DUA! pastu die kasikla kan ABC dua.... oke...makan ....SEDAP....pastuh tunggu2  punya tunggu tengok orang sebelah dah dpt order...padahal sampai kemudian kot dari kitorg... dah mula la MIZZ bengang kan...tanye kat kaunter dik... "MEE KARI DAH SIAP KER????" pastu adik tu jawab "haa??? BELOM....BELOM..." pastu lepas kiraan 100 MIZZ TANYA LAGI....xdilayan... then p duduk kat meja pandang2 jer.... pastu mizz suruh jela bonda tanyakan... lalu pekedai tuh jawab "MAKCIK...KALAU MAKCIK ORDER DAH LAPAN PINGGAN SAYA BUATKAN...NI MAKCIK XORDER...MACAMANA NAK BUAT" mangkuk ayun punya tokey kedai...aku punya laa dah order...ko cakapp xorder.... MEMANG KENA BANNED AH KEDAI TUH....sila jangan pergi kedai di waterfront lumut nombor brapa xhengat...tp tgh2 la... ;)

then 27/12/2011 MIZZ bawak mak jalan di pulau pangkor.... okelaa not bad...dapat tengok suasana lain dari pulau langkawi kan.... okelaaa kan... huhu ... tapi kalo bermalam kat pangkor ni....besh gak...lagik2 kalo amik kat teluk nipah...sebab leh releasekan tension... mengadap laut mandi manda...snorkeling...perghhhh besh!!!
malamnyer mizz makan ikan bakar BAKAU D'MUARA sebelum membalikkan diri ke putrajaya....

akibatnya....pada 28/12/2011 mizz sangatlah penat....lenguh2 badan...sebabnyer... hurm...jejalan xhengat dunia!!

di tepi pantai teluk nipah p.pangkor

mak sambil menunggu burger n mee goreng tiba..
shop for ole2!!! 
tengah tunggu nak naik feri balik ke lumut.... muke penat jer memasing.. 

nota jari kaki ::
mizz dapat sandal baru, jengjengjeng...

Tuesday, December 27, 2011

mangsa ISTIKHARAH CINTA...

sekadar berkongsi ilmu.... mizz jujet sendiri pun tak tahu akan hal ini...jadi setelah mengetahuinya...marilah kita renung2 kan sejenak...


“Salam.Saya seorang wanita yang dulunya telah bertunang namun pertunangan tersebut telah diputuskan oleh bekas tunang saya.Pernikahan kami tidak sampai 3 hari lagi namun dia memutuskan pertunangan kami dan membatalkan pernikahan yang bakal diadakan secara tiba-tiba atas alasan dia telah melakukan istikharah dan bermimpikan wanita lain serta dia menyakini bahawa mimpi tersebut petunjuk dari Allah dan katanya wanita tesebut adalah calon isteri yang telah ditetapkan oleh Allah.Adakah benar apa yang dikatakan bekas tunang saya itu dan saya bukanlah calon isteri yang telah ditetapkan bersandarkan istikharah tersebut?” – Rosnani

“Assalamualaikum.Saya dan teman wanita saya telah merancang untuk bernikah pada awal tahun hadapan namun baru-baru ni teman wanita saya meminta kami memutuskan perhubungan.Teman wanita saya menyatakan bahawa saya bukanlah lelaki di dalam mimpi istikharahnya dan kemungkinan sahabat lama saya adalah lelaki di dalam mimpinya.Akhirnya saya berbalah dengan sahabat lama saya akibat dari kata-kata teman wanita saya.Adakah benar mimpi istikharah tersebut adalah petunjuk dari Allah?Adakah benar sahabat lama saya adalah lelaki yang telah ditetapkan oleh Allah untuk teman wanita saya?” – Syazwan Buntu

“Salam.Saya mempunyai teman lelaki dan saya telah memutuskan hubungan tersebut dan membina hubungan teman lelaki lain walaupun pada awalnya saya dan teman lelaki saya yang awalnya telah bercadang untuk bernikah,keputusan tersebut saya ambil atas tafsiran saya selepas saya beristikharah.Selepas mempunyai kekasih baru saya menceritakan kesemua kesilapan saya dan kekasih lama kepada teman lelaki yang baru.Saya akan bernikah dengan teman lelaki yang baru dan saya baru sedar bahawe teman lelaki yang baru dan teman lelaki yang lama saling mengenali.Benarkan tindakan saya ni?” – Nur


memikirkan gejala “Istikharah Cinta” dimana ia bukan saja memangsakan golongan biasa malah ia juga pernah memangsakan golongan yang turut mempelajari agama. Kerana terfikirkan mimpi selepas istikharah adalah petunjuk maka diri menjadi mangsa “Istikharah Cinta”.

Apa itu Solat Istikharah?

Solat Istikharah adalah solat untuk meminta bantuan Allah S.W.T dalam memilih keputusan dalam beberapa perkara yang diharuskan oleh Syara’.

Pelaksanaan Solat Istikharah adalah bersandarkan beberapa dalil yang sahih.

“Hadith yang dikeluarkan oleh al-Bukhari di dalam Sahihnya dengan sanadnya daripada Jabir radhiyallaahu ‘anhuma, beliau berkata :

Daripada Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam Baginda bersabda :
Apabila sesiapa daripada kalangan kamu diberatkan oleh sesuatu maka hendaklah dia Rukuk dengan dua Rukuk (mengerjakan Solat dua rakaat) yang selain daripada Solat yang Fardhu (yakni mengerjakan Solat dua Rakaat dengan niat Istikharah).

Kemudian hendaklah dia berdoa : Ya Allah, aku beristikharahkan Engkau dengan ilmu-Mu dan aku juga memohon ketetapan dengan ketetapan yang bersandarkan kurniaan-Mu yang Maha Agung. Engkaulah yang Maha Menetapkan sedangkan aku tidak mampu untuk menetapkan. Engkau Maha Mengetahui dan aku pula tidak mengetahui. Engkaulah yang Maha Mengetahui akan perkara-perkara yang tersembunyi. Ya Allah, jika pada ilmu-Mu sesungguhnya urusan ini – harus disebut hajat tersebut atau cukup sekadar meniatkannya kerana Allah Maha Mengetahui akan hajat itu – adalah baik untukku pada agama, kehidupan dan kesudahan urusanku (kini dan datang), maka tetapkanlah ia untukku dan mudahkanlah ia bagiku. Kemudian berkatilah bagiku di dalam pilihan ini. Dan andaikata pada ilmu-Mu sesungguhnya hal ini adalah buruk bagiku pada agama, kehidupan dan kesudahan urusanku (kini dan akan datang), maka hindarkanlah ia daripadaku dan hindarkanlah aku daripadanya. Tetapkanlah bagiku kebaikan dan jadikanlah aku redha dengannya.
(HR. al Bukhari : No. 1162 , Status : Sahih)

Amal Tanpa Ilmu

Saya bukanlah menolak pelaksanaan melakukan istikharah dalam meminta bantuan Allah untuk memilih suatu keputusan tetapi mahukan kita memahami ilmu dan kefahaman dalam melaksanakan istikharah kerana pelaksanaan tanpa kefahaman yang jelas akan menjadikan kita mangsa dalam tipudaya syaitan.
Kesahihan kewujudan suatu amal bukanlah lesen yang menjamin cara pelaksanaan yang kita lakukan adalah benar kerana perlunya ilmu dan kefahaman yang jelas dalam melaksanakan suatu amal untuk memastikan pelaksanaan yang dilakukan benar-benar mengikut tuntutan Islam.

Kebanyakan masyarakat kita melakukan istikharah apabila ingin memilih pasangan , ada pula sibuk mencari dan memilih yang terbaik namun lupa menjadi yang terbaik dan ada juga yang tidak menjaga solat fardhu namun terhegeh-hegeh melakukan solat istikharah , malah ada juga bersangka kesemua jawapan yang dilihatnya kononnya petunjuk jawapan sebenar atas istikharahnya sedangkan sangkaan dan mimpi ke atas manusia mampu Allah jadikan sebagai ujian ke atas manusia dengan sang iblis melakukan tipudaya atas mimpi dan sangkaan manusia sehingga mengakibatkan putusnya silaturrahim dan berdendamnya sesama anak cucu adam.

Dek kerana kejahilan dan kesalahan dalam memahami dan pelaksanaan maka sangkaan yang wujud dari tipudaya syaitan mungkin disangkakan petunjuk :

فَرِيقًا هَدَى وَفَرِيقًا حَقَّ عَلَيْهِمُ الضَّلالَةُ إِنَّهُمُ اتَّخَذُوا الشَّيَاطِينَ أَوْلِيَاءَ مِنْ دُونِ اللَّهِ وَيَحْسَبُونَ أَنَّهُمْ مُهْتَدُونَ
Sebahagian (dari umat manusia) diberi hidayah petunjuk oleh Allah (dengan diberi taufiq untuk beriman dan beramal soleh); dan sebahagian lagi (yang ingkar) berhaklah mereka ditimpa kesesatan (dengan pilihan mereka sendiri), kerana Sesungguhnya mereka telah menjadikan syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpin (yang ditaati) selain Allah. serta mereka pula menyangka, bahawa mereka berada dalam petunjuk hidayah. (Surah Al-Aa’raaf 7 : Ayat 30)
Ini mengingatkan saya pada pandangan Sheikh Saleem bin Eid al-Hilali di dalam kitab Bahjah al-Nadzireen syarah kepada

Riyadh al-Sholiheen :

“Ada sesetengah orang berpendapat, “sesudah mengerjakan solat serta Doa Istikharah, akan muncullah nanti petunjuk dalam mimpinya, maka dia akan memilih sebagaimana yang ditunjukkan oleh mimpinya itu” Justeru ada sesetengah orang berwudhu’ dan kemudian melakukan Solat serta Doa Istikharah dan terus tidur (dengan meletakkan harapan  petunjuk datang melalui mimpi), malah ada juga mereka yang sengaja memakai pakaian berwarna putih kerana mengharapkan mimpi yang baik. Semua ini hakikatnya adalah prasangka manusia yang tidak berasas”

Gandingan Syariatullah dan Sunnatullah

Syariatullah : Istikharah
Sunnatullah : Istisyarah

Istikharah mempunyai gandingannya iaitu Istisyarah , ia adalah nilai tambah dalam memudahkan setiap seseorang dalam memilih sesuatu keputusan.

Istisyarah adalah meminta pandangan atau pendapat sesuatu pihak yang mahir dalam perkara yang ditanya tersebut dan boleh dipercayai untuk membantu seseorang dalam membuat sesuatu keputusan.

Terdapat khilaf Ulama dalam membincangkan dan memberi pendapat berkaitan yang mana perlu didahulukan samaada Istikharah atau istisyarah.Saya tidak mahu membincangkan khilaf tersebut kerana Istikharah dan Istisyarah ia saling bergandingan dan perlu dilaksanakan secara berhemah.

Apabila seseorang menginginkan bantuan keputusan dari Allah untuk seseorang itu memilih jawapan maka ia perlu laksanakan Istikharah dan apabila ia berkait dengan kepakaran yang wujud pada manusia maka diharuskan pula melakukan Istisyarah. Sebagai contoh seseorang mahasiswa ingin membuat pemilihan antara MARA atau PTPTN dan telah melakukan Solat Istikharah maka ia harus meminta pandangan pengawai pinjaman kewangan pendidikan dan pihak yang menguruskan pengajian dalam memastikan ia mendapat info yang tepat untuk membantu mahasiswa tersebut memilih jenis pinjaman kewangan dalam meneruskan pendidikan.

Islam bukan saja meletakkan DOA dan TAWAKAL semata-mata tetap menuntut ummahnya untuk DOA , USAHA , IKTIHAR , TAWAKAL. Maka mimpi yang dialami selepas melaksanakan Solat Istikharah bukanlah jaminan ia adalah jawapan yang tepat tetapi perlunya usaha dalam mencari jawapan dan bukannya sekadar menunggu jawapan melalui mimpi.

Beristikharah adalah meminta bantuan dan redha Allah dan Beristisyarah pula meminta pandangan seseorang yang layak, maka berlapang dada dan bersikap positiflah atas keputusan yang diambil dan kesan setelah keputusan yang diambil kerana seandai ia ujian maka anggaplah ia ujian dari Allah untuk mematangkan diri. Ambillah keputusan selagi mana ia tidak mendatangkan dendam permusuhan atau perkara yang memudaratkan.

Kesimpulan
  • Jauhkan diri dari beramal atas apa yang sekadar didengar dan bukan atas kefahaman.
  • Perbaiki amal dengan menuntut ilmu dan kefahaman atas sesuatu amal.
  • Jauhi Bi’daah , Khurafat dan Syirik.
  • Jauhkan diri dari menunggu mimpi atau petanda isyarat kerana ia terbuka atas putar belit syaitan.
  • Jauhi dari bersikap was-was kerana was-was adalah mainan syaitan.
  • Yakin atas keputusan yang dibuat selagi mana tidak bercanggah dengan Islam.
  • Buat keputusan selagi mana ia tidak mencetuskan dendam permusuhan atau memudaratkan atau tidak bercanggah dengan Islam.
  • Istikharah boleh dibuat beberapa kali dan lakukan ia dengan ikhlas.
  • Lakukan Solat Istikharah untuk membuat suatu pemilihan dalam perkara yang mempunyai keraguan dan ia penting.Bukan perkara yang remeh seperti memilih gula-gula untuk dibeli dikedai.
  • Lakukan Solat Istikharah mengikut cara yang telah ditetapkan oleh Syara’ dan lakukan juga Istisyarah dalam menambahbaik diri dalam membuat sesuatu keputusan.
  • Petunjuk Allah adalah pada hati manusia dan tetapkan hati dalam keadaan bersih dan bersihkanlagi hati untuk memudahkan hati mendapat petunjuk dari Allah.
  • Ambil tip D.U.I.T iaitu Doa,Usaha,Iktihar,Tawakal dalam membuat keputusan dan bukannya sekadar berdoa dan tawakal semata-mata.
  • Istikharah terbuka dalam membuat sebarang keputusan dalam berbagai perkara dan urusan kehidupan yang dibenarkan Syara’ , ia bukanlah hanya terlapit dalam ruang lingkup sekadar untuk memilih pasangan hidup.
  • Ambil keputusan bukan sekadar pada kesan yang disangkakan selepas Solat Istikharah namun buat pertimbangan yang wajar.
  • Setiap keputusan membawa berbagai kesan dan hukum maka jika ia membawa kesan yang memudaratkan maka perbaiki kesilapan dalam membuat keputusan.
  • Rujuk kitab-kitab Fiqh dan golongan agamawan Islam sebagai rujukan dalam melakukan sebarang amal (bukan sekadar berkaitan Solat Istikharah saja).
Saya mengambil tajuk catatan kali ini sebagai Mangsa “Istikharah Cinta” adalah kerana memaksudkan “Istikharah Cinta” sebagai suatu pemikiran silap sebahagian masyarakat yang mengambil Istikharah pada urusan jodoh semata-mata atau ia sekadar mengfokuskan Istikharah pada suatu perkara saja sedangkan Istikharah terbuka dalam berbagai ruang lingkup dalam membuat keputusan perkara yang dibenarkan oleh Syara’.
Namun adakalanya kesilapan pelaksananaan Istikharah bukan saja wujud pada urusan jodoh malah “memangsakan” seseorang yang melaksanakan Istikharah tetapi kurang fahami pelaksanaan Istikharah itu sendiri.




nota jarikaki :: 


mizz amik dari fb khalifah.com... sama2 kita belajar.. 

INiLah jodohku....

Bila tiba time cuti sekolah ni....semua orang sibuk. yang ibu bapa sibuk nak bawak anak2 berjalan...
yang bujangnya sibuk merancang percutian dan SHOPPING! ...
yang dah berpacaran bz nak mendirikan masjid.....sebut tentang perkahwinan ni...mizz jujet amat tertarik dengan blog seseorang ni...yang membincangkan tentang 10 TANDA2 siapakah jodoh kita.... jeng..jeng..jeng... 

NI adalah panduan sama ada kita nk tengok sesorg itu berjodoh atau tidak dengan kita ... insyaAllah yang baik itu datang dr Allah swt... dan yang kurang itu....hanyalah kerna kekurangan diri kita... ::

1) Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.
Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.
2) Senang bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.
Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.
3) Terima kita seadanya 
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan.
Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini.
Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.


4) Sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.
Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan.
Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.
5) Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung.
Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka.
Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran.Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.
6) Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.
Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama.
Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan.
Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?
7) Memahami diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.
Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita.
Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, 'lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih.
Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.
8) Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut.
Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.
Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita.
Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.
9) Kata hati Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya.
Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu.
Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
10) Mimpi
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi.
Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.
Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.
NOTA: Berkenaan mimpi petunjuk – “Saya tak jumpa mana-mana hadis yang menyebut bahawa petunjuk dari istikharah akan didapati melalui mimpi. Yang disebut oleh hadith ialah melalui gerak hati. Hadith tersebut menyebut, setelah istikharah, ambillah apa yang pertama digerakkan oleh hati selepas istikharah itu. Kalau tak ada gerak hati, ulangi istikharah, dan serahkan keputusan sepenuhnya kepada Allah. Jangan pula kita adapreference dalam hati waktu melakukan istikharah, kerana hasilnya mungkin apa yang kita inginkan, bukan petunjuk dari Allah.” (rahim11)

Sunday, December 18, 2011

jika kau bercinta lagi....

sejak kebelakangan nih dikelilingi oleh insan2 yang bermasalah dalam percintaan...semoga mereka lebih bijak untuk menghargai percintaan dalam erti sebenar...dan menjaga hati sendiri....

Jika Kau bercinta lagi
cintalah sepenuhnya aaa aaa aaa
jika kau bercinta lagi
jagalah kau hatinya aaa aaa aaa


engkau yang memilihnya
tanpa memikirkan tentang diriku
kini ku hanya dapat berdoa
agar berbahagia kau disampingnya


aaa aaa aaa


Jika Kau bercinta lagi
cintalah sepenuhnya aaa aaa aaa
jika kau bercinta lagi
jagalah kau hatinya aaa aaa aaa


aku tak dapat menghalang
engkau punya kemahuan sendiri
biarku hidup hanya mengenang
peristiwa yang tak dapat ku lupa


aaa aaa aaa


kini aku hanya dapat berdoa
agar berbahagia kau disampingnya
selamat tinggal
aku mengundurkan diri








nota jarikaki ::
malas ingin bercinta... hanya mahukan calon somi yang soleh.... tapi dimana erk???

Monday, December 12, 2011

a day to remember...

hari ni jujet, ell dan wiyah pegi picnic... huhu...
sekian lama kami mencari dimanakah arah tujuan sebenar sungai gabai....
akhirnya ketemu jua... nanti jujet sambung lagik k.. gud nite..

Friday, December 9, 2011

it's my birthday!!!

officially i'm getting older one year more....today...huhu
terima kasih la kepada yang mengingati...kepda yang tak ingat pon xpela.... 
nak buat cemana orang xingat kita...
i appreciate everybody.... 
hope to see changes in myself...
growing up as a real adult...
and perhaps... I will meet my mr right...
and stability in my life.. 

ya Allah, panjangkanlah umurku, berikan kesihatan yang berpanjangan kepada diriku, 
kurniakanlah aku jodoh yang soleh dan bertaqwa...
kurniakanlah insan yang menyayangi diri akan apa adanya....
kurniakan kecemerlangan kepada ku di dunia mahupun di akhirat...
permudahkan segala urusan ya Allah...
semoga aku terhindar dari perbuatan yang keji dan munkar...
semoga aku dapat berbakti kepada ibuku sebelum beliau menutup mata...
ya Allah...sempena hari ulang kelahiranku...
kau berkatilah setiap langkah perjalanan hambamu ini..
aku insan yang lemah lagi hina ini ya Allah...
hanya padamu ku memohon segalanya...
sesungguhnya...DAKU BERSYUKUR setiap apa yang kau kurniakan kepada diriku...
amin....amin...ya rabbal alamin...



Thursday, December 8, 2011

saat2 terakhir....

ku menikmati saat2 akhir ini...
agar aku bisa menyimpan kenangan bersama selama ini...
ku menikmati saat2 akhir ini...
agar ku dapat lupakan kelukaan diri...
semoga saat2 baru itu..
akan memberikan ku sejuta bahagia....
memberikan sejuta rahmat...
semoga bertambah ceria... 
amin..amin...ya rabbal alamin.... 

nota jari kaki ::
erm about one and half hour from now...dup dap..dup..dap...

Wednesday, December 7, 2011

hati menangis....

dikala ini...
hati ini menangis lagu sepi..
entah apa yang ditangisi... 
entah apa yang membelengu diri..
namun tetap digagahi... 
enggan melayani keresahan diri...
hati ini menangis lagi... 
merintih penuh rasa sangsi... 
menanti jawaban setiap rasa sepi... 
lalu bagaimana lagi...
mengubati hati yang menangis ini...
PADAMU YA ALLAH KU POHON SEGALA JAWABAN...AMIN..


what!!! esok????

hari ni masuk2 kelas ACTION RESEARCH....tunggu punya tunggu tengok2 DR AFAREEZ masuk daa... macam besa la...die xbagik lecture...tp bg attendance dulu...lepas tuu... 
dr fareez :: " okey sila hantar report dengan abstract..."
students :: "ape??? "
dr fareez :: "aik betullah saya ckp nak report dengan abstract"

bermulalah kekecohan dalam lecture hall... "kami xsiap dr "

at last dr fareez cakap :: "oke...xhantar harini esoklah before pukul 12 dekat secretariat room"

huhuhu kami pon menerima dengan hati yang tabah sambil berkira2 untuk menyiapkan report tersebut...

nota jari kaki :: 
sehingga tengah malam ni kami berusaha bertungkus lumus menyiapkan report tersebut... huwaaaaarrghhh!!!

Monday, December 5, 2011

countdOwn!!!!

it's four days more...to change my TITLE this year 2011.... semoga mendatangkan seribu rahmat daripada-NYA...amin... 

aishiteru...

huhu...mizz jujet baru lepas buat assignment tetibe rase nak layan jiwang... meh dengar lagu aishiteru meh..

lagu neh memang memberikan seribu pengertian buat mizz jujet... hurm... mode :: mengingati seseorang... 

Sunday, December 4, 2011

OH Ombak Rindu....

siang tadik mizz jujet pegi layan muvie kat alamanda dgn kawan baik mizz jujet iaitu cik "ell" ... nak tahu ape muvie kami tgk??? jeng..jeng..jeng.. 
OMBAK RINDU...

lakonan mantop Aaron Aziz, Maya Karin, Lisa sUrihani dengan Bront Palarae... biasalah.. fillem ni adaptasi dari novel ombak rindu karya Fauziah Ashaari... jadi bila kita dah penah baca novel die... xsama la macam kita tgk kat filem kan.... 
So far, plot cerita agak slow.. watak lisa xberapa sesuai untuk memegang watak yang ego ... bagaimanapun Aaron telah memberikan persembahan yang baik sekali...I LOIKE!!! 
Keseluruhan cerita mizz jujet kasik 4BINTANG....huyeee... filem yang besh tetapi slow.. hehe..
mizz jujet dah siap nak outing!!!!

mizz jujet makan kat pizah hut dengan miss ell


nota jari kaki ::

>> mizz jujet xtahan tggu ending cerita ni habis... sebab nak cepat2 p toilet... xsangka plak cerita ni 2jam   lebeh...letih makcik..haha.
>> after muvie mizz jujet ade tetamu!!! ida azhari dan strawberrygurl my fren from V* datang nak jupe ii...terharunyer...thanx so much!!! muah...muah...muah...

Saturday, December 3, 2011

mOODy.. outspoken???

mizz jujet nak komen sikit pasal person yang suke cakap lepas... huhu.. susah jadik orang yang cakap lepas neh...sebab individu neh die xberupa kawal pertuturan dia dengan baik...
biasanya time die leh kawal die akan kawal...tapi bila tahap perasaan dia xdapat dipendam.. mereka akan automatik melepaskan kemarahan atau ketidakpuasan hati mereka dengan percakapan yang agak kasar dan kurang enak didengar...
kemudian setelah luahan itu selesai..barulah individu itu termenung seketika dan menyedari perbuatannya itu menyalahi etika pergaulan...kerana percakapan kasar mcm ni akan membuatkan individu lain berkceil hati atau pon terluka.. tapi percayalah orang yang outspoken ni die xla simpan dalam hati...bahkan mungkin hatinya lebih lembut dari percakapannya... so manusia itu pelbagai... terpulang individu untuk membuat tafsiran terhadap seseorang itu dengan bijak... 

nota jarikaki ::
mizz jujet nak mintak maap gak kalau mizz jujet ade terkasar bahasa dengan sapa2.... NITE...

with luv from putrajaya...