Pengikut setia!!!

Wednesday, May 30, 2012

Malang tidak berbau..



pengarah ikm beseri yang patah di tulang pinggul/peha 

SUNGAI PETANI - Hasrat empat sekeluarga untuk pulang ke kampung sempena cuti sekolah berkecai apabila salah seorang daripada mereka maut manakala dua lagi cedera parah dalam kemalangan di Kilometer 90.8, Lebuh Raya Utara-Selatan dekat susur keluar Sungai Lalang di sini semalam.
Kejadian pukul 6.10 pagi itu mengakibatkan Mukhrizah Marzuki, 3, maut, manakala bapanya, Marzuki Mahamad Radzi, 36, yang merupakan Pengarah Institut Kemahiran Mara (IKM) Beseri, Perlis, parah.
Turut parah ialah kakak Mukhrizah, Muslihah, 6, manakala seorang lagi, Muzafirah, 9, cedera ringan.
Kemalangan itu berlaku apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Honda Odyssey dipandu Marzuki gagal dikawal lalu merempuh belakang sebuah treler membawa balak sebelum dilanggar sebuah lagi kenderaan lain dari belakang. - SUMBER AKHBAR KOSMO.

nOTA JARI kaki :
marilah sama-sama kita mendoakan agar beliau tabah menghadapi dugaan dan sembuh dari sakit yang ditanggung... semoga anaknya juga sihat walafiat seperti sediakala amin... 

Thursday, May 10, 2012

GrooMing... and BOOM ur IMAGE!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera, 

sekian kalinya saya dah lama xupdate ini blog kesian die....sunyi sepi... lately amatlah busy dan dipenuhi dengan dugaan dan rintangan yang melampau.... (harap2 yang semalam dijadikan sejarah dan lebih memandang kehadapan... InsyaAllah) 

pada 7 mEI 2012 sehingga 10 mEi 2012 Alhamdulillah saya sekali lagi berpeluang untuk menghadiri Kursus yang dianjurkan MARA... kali ini kursusnya agak unik... sebab dikendalikan sendiri oleh personaliti TV Al-Hijrah... Perghh artis beb... haha bukan artis laa...personaliti... sebab beliau banyak mengacara bukannya menyanyi atau berlakon... tp Alhamdulillah sebab penceramah dia muda, hensem dan bersemangat waja...  siapa??? jeng..jeng..jeng... 

inilah Encik Amin Idris... amacam??? hehe dah  kawen oke... harap maklum.
oke ape objektif kursus ini?? (nampak nama tuh macam nak belajar make up dan dressing kan???)
xdela... actually kursus ini bermanfaat sebagai soft skill dalam setiap individu....xkira apa jawatan sekalipun dalam membentuk peribadi yang menarik dan profesional... 

antara yang dipelajari? insyaAllah akan dikupas nanti... tunggu yer.... (penat baru balik kursus pkir nak lileks2 sambil pk apelah jadi kat opis ku.... huhu 2 hari tinggal kelas mau menangisss.... :(( 

notajarikaki :
dalam kursus ni saya dalam ahli group yang funny, energy dan agak poyo tp kelakar... haha salah sorang pen.peg IT kot.. die memanggil BROOCH (Kerongsang) dengan panggilan Brochure (Pamplet) menatnag2 la hang orang IT... sampai habis kursus die kena perli xsudah... hahaha KENANGAN...