Pengikut setia!!!

Tuesday, January 17, 2012

berita sensasi....

hari ni... sepatutnya kelas penuh...tapi memandangkan pelajar2 saya ade ceramah....so cikgu die hip..hip..horey lah.... hurm... sewaktu mizz jujet bermuka buku... adela terbaca satu wall post mengenai keratan akhbar ni.. ::
kesatuan guru bantah ptd sertai kementerian dan jabatan dalam bidang pendidikan...

antara komen-komen pada wall post sahabat tersebut....

"sy sokong artikel ni sbnrnye wpun sy bkn cikgu.. sbb hanya yg penah mengajar n pastu maybe dia naik pngkat jd peg pendidikan ke, ape ke... je yg btl2 tahu keperluan dlm pendidkan disebabkan mereka dh terdedah lebih awl.. bkn giler kuasa or giler nk mentadbir... cikgu pun bt keje2 pentadbiran di sekolah skrg... no offense but i kinda sokong this one.... chill babe!! ^^"
pada aku la kan, ko kasi jer cikgu-cikgi ni buat keje yg diorg nak sangat tu.. yg kita PTD ni nak pecah kepala pikir pasal diorg tu apsl? jgn one day nanti, dior dok refer kat kita jugak, time tu, we just have to say "D.I.Y!" hahahaha amacam? Ada bran?"
 Let the managers manage.. Lets the teachers teach.."
saya setuju dgn ayat "menjadi seorang pegawai yang berkesan dalam dunia pendidikan memerlukan kepakaran yang ditimba melalui proses pembelajaran dan pengajaran terlbih dahulu " maknanya... bukan senang nk lihat the true colours of education selain dari duduk dalam kelas dan rasai sendiri pengalaman mendidik tuh... dulu kita masa jadi student kita rasa guru kita begitu begini dan bila kita mentadbir kita nak ubah semuanya dengan harapan ape yg pikirkan tuh dpt ubah keadaan kita mase student dulu... walhal... kita sendiri xtahu ape rasionalnya guru tu begitu.."
Sebagai PTD yg kerja di JPN saya pun nak menyampuk.. Hehe... toksah percaya bulat2 la berita tulis dlm surat khabar tu, semuanya disensasikan supaya jd daya pelaris. Saya dgn cikgu2 yg jadi pegawai ni ok jer, komited je semua. Yg selalu bg prob kat kami tu nun di kementerian sana la. Sapa lagi.. Hehe.."

oke ...buat pengetahuan kawan2 isu ni dah berbangkit lama dah...  cuma mungkin NGO2 dan persatuan terbabit baru mendapati hal2 ni.... macam mizz la kan.. pernah gak terjadi kat sektor kami.... siapa dan bahagian mana tak perlu dinyatakan lah..tetapi beliau tuh.kalau tak silap mizz memang org ptd... bukan nak mengutuk atau mengata.... beliau sangat "particular" dan perkara2 yang die kata remeh.... tp bagi kami agak sukar... dan die sendiri pernah memperkecilkan guru2 di institusi kami.... senang citer..masa datang kat institusi kami...  kami layan punyala elok...tapi gaya die mcm xappreciate langsung... HAIYA....ape punya olang...

"banyak pihak katekan dengan dia ni banyaklah perkara yang die nak ubah..byk jugaklah dasar yang xde kaitan dan xmemenuhi aspek keguruan die nak ubah.... senang citer...kami xsenang duduk dengan pemerintahannya (al-maklumlah dia bukan datang dari background guru.)... tapi alhamdulillah...xlama pon....sekarang dah ade orang baru...yang memang disegani dan memahami sebab belaiu pon latarbelakangnya guru... semoga bersekutu bertambah mutu..

p/s :: komen pasal artikel atas...mizz bengang sebab ade segelintir ptd yg komen kat wallpost tuh ckp...cikgu nih dengki dgn ptd... pastu xlayak nak ajar anak2 dorg sebab perangai xelok...dengki mendengki... huhu... lagi satu mcm ckp cikgu neh gila kuasa pon ader...nak sangat buat kerja pentadbiran...tapi hakikatnyer memang kami pon yg buat kerja pentadbiran... hurm... tapi xmengapalah...cikgu memang begini kan...sering dipinggirkan... kalau sembang keja apa??? oooh cikgu ker...ni mesti sebab dah xde keja lain nak buat kan... chaishhh ade ker patot..
pastu niat... kalo dah xde keja sgt jadik cikgu jela...hello....ingt keja cikgu ni keja terbuang ker?? yg ade hati nurani nak jadi cikgu jer leh berjaya jadik cikgu...kalo xde minat..toksah la ko mintak jadik cikgu...memang merosakkan anak2 orang.... huhuhu...

sori la....hari MODE ::PANAZZ....salam....xde nak mengutuk sesapa nak share reality zaman sekarang... wslm...

nota jari kaki ::
lepas mizz dah komen2 nampaknyer mereka2 yg mengutuk cikgu tuh dah delete komen mereka...jadik xdapeklah den nak copynyer disini...hehhee

Monday, January 16, 2012

andai lelaki tahu....

Andainya lelaki tahu..


Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya. 

Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu. 


Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku. 

Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat 

.Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda. 


Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda. 

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai. 


Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya. 


Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata. 

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik. 


Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat. 

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda. 


"Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . "



Notajarikaki :

Wahai jodohku....aku menunggumu.... ^_^ . ku mahu kamu terima aku apa adanya dan hidup bahagia bersama.... kebahagiaan yang bukan kamu seorang curahkan...tetapi kebahagiaan yang akan kita cari bersama... terimalah diriku seadanya...andai kamu rasa aku milikmu.... amin..

Thursday, January 12, 2012

malunyaa.....

hahah.... malunya aku harini jadik pompuan... menjatuhkan martabat perempuan betul...

begini..  dalam bulan december lepas kan aku banyak angkut cik "BIBAH" aku tuh ke sana ke mari... LUMUT-KELANTAN-TERENGGANU-PERLIS.... fuh.. memang sakan la kan....aku pon perasan yang keta aku nih agak kurang pickup... sebelum travel aku adela check sikit....air, minyak hitam, minyak brek.. wiper...

dipendekkan cerita aku p ke opis dengan cik "BIBAH" dan balik rehat ke rumah tengahari tadi macam kebiasaannya.... pukul 2 aku pon bergegas la nak start enjin kereta untuk masuk kerja sesi petang...lagi2 la ade kelas pukul 2 kan.... TIBA2.. gek,...gek..gek..aik...xleh start keta... aduishhh... terpaksala roger2 member opis datang amik aku kat umah...seb bek umah sewa dengan IKM dekat jer...lau tak E.L la gamaknya...

so, kalau cik "BIBAH" xsihat aku akan kol pomen peribadi aku...incik apai.. sekali malu jer...kena gelak dengan apai... problemnyer disebabkan batery keta aku kekeringan ayaq....aduih.... elok jer die sembur aku...
  "AKU INGATKAN KAT PADANG PASIR JER KERING XDAK AYAQ... RUPA2NYA KAT PERLIS PUN KERING KONTANG..."
hampess hang apai.. hahaha... apepon lepas ni aku insafla... sebab banyak2 elemen keta....batery memang aku xpenah check....dan aku harapkan hanya bila servis perodua ja...

nota jari kaki ::
all the gegurl out there belajar2 la servis keta anda....kerana lelaki tidak akan selalu disamping kita untuk menengokkan keta anda ....lebih2 yang single trang...tang..tang mcm aku.... aduiyai..... X_X