Pengikut setia!!!

Monday, April 9, 2012

indahnya MATEMATIK....

matematik itu sangat indah.... bagi yang xgemar matematik... anda perlu sedar yang matematik memang berada disekeliling anda... dan anda perlukannya!!!

sape kate belajar matematik tak penting??? sebagai contoh..jikalau anda xreti mengira... anda bakal KENA TIPU dengan penjual... sebab mungkin harga yang ditawarkan lebih mahal berbanding pasaran biasa...  dan anda juga mungkin akan kerugian... kerana dipaparkan harga sekilo BERAS = rm3.00  TETAPI anda dengan selambanya beli 500g beras dengan HARGA RM 3.00 jugak...xke bengap namanya tuuu????

okeh tuh contoh zaman tuk kaduk... aku malas dah nak citer... cuma yang sekarang ni aku syiok duk kira kalori... hahaha nak tau cemana???? okeh dibawah ni adalah formula untuk mengira kuantiti kalori yang diperlukan tubuh badan dan ianya boleh membantu anda dalam merancang bagaimana untuk menurunkan berat badan secara sihat...tanpa perlu berlapar... insyaAllah!!!

Jom kita buat kira-kira……

Formula:

Untuk lelaki: [(13.75 x b) + (5 x t) - (6.76 x u) + 66] x [Aktiviti]

Untuk wanita: [(9.56 x b) + (1.85 x t) - (4.68 x u) + 655] x [Aktiviti]

Petunjuk:

t = tinggi dalam cm
b = berat badan dalam kg
u = umur

Aktiviti:

1.2 =  senaman yang sikit atau tiada senaman langsung 
1.375 = bersenam 1-3 hari dalam seminggu 
1.55 = bersenam 3-5 hari dalam seminggu 
1.725 = bersenam 6-7 hari seminggu 
1.9 = bersenam secara extreme setiap hari

Contohnya seorang wanita berumur 23 tahun, tinggi pula 155 cm, berat badan 75 kg dan aktivitinya adalah melakukan senaman yang sedikit.

Masukkan maklumat di atas dalam formula.

[(9.56 x 75) + (1.85 x 155) – (4.68 x 23) + 655] x [1.2]

Kita selesaikan kurungan pertama dahulu.

[(717) + (286.75) – (107.64) + 655] x [1.2]

= [1551.11] x [1.2]

= 1861.33

Jadi, anggaran keperluan kalori sehari wanita itu adalah 1861.33 kalori sehari untuk maintainkan berat badan.

Untuk kurangkan berat badan, wanita itu perlu kurangkan kalori lebih kurang 500 kalori sehari.

Bermakna, 1861.33 – 500 = 1361.33

Jadi, 1361.33 kalori sehari wanita itu perlu ambil untuk kuruskan badan.

No comments:

Post a Comment