Pengikut setia!!!

Wednesday, May 30, 2012

Malang tidak berbau..



pengarah ikm beseri yang patah di tulang pinggul/peha 

SUNGAI PETANI - Hasrat empat sekeluarga untuk pulang ke kampung sempena cuti sekolah berkecai apabila salah seorang daripada mereka maut manakala dua lagi cedera parah dalam kemalangan di Kilometer 90.8, Lebuh Raya Utara-Selatan dekat susur keluar Sungai Lalang di sini semalam.
Kejadian pukul 6.10 pagi itu mengakibatkan Mukhrizah Marzuki, 3, maut, manakala bapanya, Marzuki Mahamad Radzi, 36, yang merupakan Pengarah Institut Kemahiran Mara (IKM) Beseri, Perlis, parah.
Turut parah ialah kakak Mukhrizah, Muslihah, 6, manakala seorang lagi, Muzafirah, 9, cedera ringan.
Kemalangan itu berlaku apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Honda Odyssey dipandu Marzuki gagal dikawal lalu merempuh belakang sebuah treler membawa balak sebelum dilanggar sebuah lagi kenderaan lain dari belakang. - SUMBER AKHBAR KOSMO.

nOTA JARI kaki :
marilah sama-sama kita mendoakan agar beliau tabah menghadapi dugaan dan sembuh dari sakit yang ditanggung... semoga anaknya juga sihat walafiat seperti sediakala amin... 

5 comments:

  1. ada terbaca dlm metro td...kesian....moga kembali sihat dan al-fatihah untut anak beliau...

    ReplyDelete
  2. beliau sangat murung dan xhabis2 menyalahkan diri sendiri atas kematian anaknya... semoga beliau tabah dan dapat kembali bertugas dengan tenang...

    ReplyDelete
  3. sebenarnya berita ni bukan die nak kembali balik kampung...tp nak balik ikm untuk bekerja... hurmm

    ReplyDelete
  4. owh yeker...balik ikm bawak anak2 ke....dalam paper cakap dia tak tau lagi pasal anak dia meninggal....kesiannya lah..

    ReplyDelete
  5. haah die balik IKM bawak 3 org anak die..memg selalu gitu sebab anak bini duk k.l jadi cuti sekolah die bwk anak-anak die jalan perlis.. wife dgn 2 org anak die xikot.. xsangka nk jadi malang.. semoga beliau tabah.. sedih kot.. aku xsempat smpai masa die dibawa jumpa arwah anak die kat bilik mayat.. hurm.. mesti sedih time tu..

    ReplyDelete