hari isnin yang lalu... mak beriya-iya nak balik kampung... mentang2 lah aku bawak balik ketA...huhu alahai omak.... eden bawak juo omak balik kampung..tp xleh tido kampung la...balik hari jer... mak pon malam ahad tu beriya-iya la die masak rendang burung puyuh... nak bawak balik ke atuk katanya...
keesokkan paginya isnin (23/1/2012) aku pon bangun awal nak bawak mak balik kampung... sampai2 jer kat kg... mak minta hantar lauk atuk dulu... takot atuk keluar makan tghari katanyaa.. sesampai dirumah atuk.. mak pon masuk umah atuk.. (aku xmasuk tggu kat luar jer kepenatan drive.. )
mak keluar dari umah atuk mak bwk balik bungkusan tadi...(dalam hati atuk xsuka ker mak bawak lauk?)
mak pun masuk kete dan ckp " atok kau dah 2minggu xmakan ruponyo..dio xhondak.." mak muka die risau... "atuk pon macam dah nazak... xlarat nak bangun terbaring jer..." mak ckp lagi...
kami pon balik rumah kami sambil masing memikirkan keadaan atuk...
setelah makan tengahari... kami pon berbincang, mak minta aku bawak atuk ke klinik... aku setuju.. lebih kurg pukul 4 aku pegi ke rumah atuk untuk bawak atuk ke klinik... sepupuku memasukkan atuk ke klinik dan atuk pula meminta2 air kepadaku...kasihan atuk...
sampai di klinik doktor mengatakan atuk ni dah peringkat teruk... doktor menasihatkan atuk segera ke hospital untuk dirawat... sepupuku mahu menghantar atuk ke hospital kuala klawang... lebih dekat katanya...
sampai di hospital k.klawang lebih kurang pukul 7.45 malam.. atuk dimasukkan ke wad kecemasan... beliau dimasukkan air.. nampak atuk sedikit tenang...dan dirawat oleh doktor yang bertugas..
pukul 9.30 malam.. doktor memanggil kami beliau mengatakan bahawa penyakit atuk sudah diperingkat teruk, kedua-dua buah pinggangnya rosak..dan paras kenccing manisnya tinggi... kemungkinan hayat atuk tidak lama...eloklah diberitahu kepada semua ahli keluarga...
pukul 12 malam atuk dimasukkan ke wad biasa... sempat ku berckp dengannya... mohon ampun dan maaf...kepala atuk yg tadi agak panas sudahpun sejuk.. tetiba rasa sayu nak meninggalkan atuk diwad.. tp badan sudah penat dan memikirkan esok mahu pulang ke perlis... pukul 2 pagi sampai diputrajaya..
pagi selasa 24/1/2012... mak meminta aku supaya jgn balik... risau dgn keadaan atuk... aku minta mak pergi lihat keadaan atuk dahulu...jikalau tidak mengizinkan baru aku tunda balik ke perlis.. setelah mak pergi hospital mak memberitahu...bahawa atuk sudah tidak sedarkan diri saat tu aku dah decide xbalik dan memberitahu k.j yang aku nak ambil emergency leave...
pukul 1.45 ... along menghantar msg bahawa atuk sudah tiada.. aku segera menunaikan solat zuhur dan menyedekahkan yaasin kepada arwah atuk.. dan bergegas pulang ke kampung pada pukul 3 ptg... (urusan jenazah di sempurnakan dirumahku dikampung)
pukul 5 ptg aku selamat smpai kampung dan jenazah atuk dikebumikan pada 6 ptg...
kemudian selama 3 malam berturut3 tahlil diadakan dirumah kami... penat jugak... menguruskan kenduri 3hari berturut...namun aku redha dan ikhlas...ini semua kerana arwah...
dengan sepantas kilat atuk meninggalkan kami... niat hanya ingin bercuti 4 hari rupa-rupanya dilajak ke seminggu... syukur pergi masa cuti begini...dapatlah semua anak cucu melawat jenazahnya...dan menyempurnakan jenazahnya... kini dah tiada lagi atuk dan nenek... semoga ALLAH mencucuri rahmat ke atas roh atuk dan semoga atuk ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman...amiin.... insyaAllah...
notajarikaki ::
atuk pergi pada usia 85tahun...
takziah yerk pah...setiap yang bernyawa pasti akan mati..moga arwah tenang di sana...amin...pah td ada g ceramah pengurusan jenazah...ustaz ada pesan dia kata nk wat tahlil x payah ikut bil hari mati..cth 7-14 atau 40 hari...kita leh wat bila-bila masa kalau teringat..coz buat ikut hari2 tertentu adalah perkara bidaah..al-fatihah..
ReplyDeleteowh okeh tengs 4 da info....
ReplyDelete